Sunday, May 27, 2012

SLRC vs STJOB Warriors - Alumni Kebangsaan 2012

26 Mei, PJ - Seperti tahun-tahun sebelumnya, pusingan kelayakan Alumni Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan menemukan dia musuh tradisi ragbi Negeri Sembilan, Sdar Lions (SLRC) dan STJ Old Boys (STJOB Warriors).

Sememangnya SLRC cukup bersedia untuk menghadapi lawan ini apabila mudah meratah STJOB dengan skor 63-7.

Try pertama hadir seawal minit pertama permainan dengan Acai dengan bijak melarikan bola dan mendaptkan try sebelum Radhi menyempurnakan conversion. Selepas itu, satu demi satu SLRC menggandakan serangan untuk mendahului 28-0 pada babak pertama.

Ketika babak kedua bermula SLRC hanya mendapat saty try sahaja sebelum STJOB cuba untuk bangun dan mendapatkan try saguhati. Menyedari kebangkitan itu, maka SLRC terus menerus menjarakkan jurang dengan menambah lagi 2 try untuk keputusan rasmi SLRC menundukkan STJOB Warriors dengan skor 63-7.

Radhi berjaya menyempurnakan 100% conversion dan diiktiraf sebagai Man of the Match. Dengan kemenangan ini, SLRC akan menwakili Negeri Sembilan menentang Pahang yang diwakili oleh Ex-Sas pada 3 jun nanti.

"Lions, pride and passion"

Sunday, April 29, 2012

The 20th PowerBar-SMSS 10's 2012

29 Apr, Bdr Tun Razak - Seperti tahun-tahun berikutnya, SLRC tidak pernah gagal untuk menyertai kejohanan ragbi SMSS 10's walaupun pada awalnya kita sememangya sudah tidak layak untuk ke pusingan akhir di atas kegagalan pada peringkat kelayakan. Namun SLRC di panggil atas tiket wild card di mana pasukan Sahoca dan MCOBA telah menarik diri untuk menyertai kejohanan.

Kesempatan ini digunakan untuk mengumpul seramai mungkin pemain terbaik terutamanya pemain muda bagi menggalas tugas ini. Hasilnya, SLRC berjaya meraih tempat kedua sebagai Naib Johan Cup bagi Kategori Bekas Pelajar, manakala pasukan SDAR bawah 15 muncul Johan Cup menumpaskan pasukan Tuan Rumah, SMSS.

SLRC membuat penampilan agak goyah pada perlawanan pertama peringkat kumpulan apabila mudah dibenam pasukan Tuan Rumah SMSSOB dengan skor 00-21 sebelum membenam cabaran Intergomb 31-00 dan seri dengan Kyser 5-5. Berada di ranking keseluruhan nombor 3 dari 8 pasukan, SLRC bertemu seteru lama SBP, Staroba pada saingan Separuh Akhir Cup/Plate di mana kedudukan akhir 0-0 sebelum SLRC mara ke Final Cup selepas keputusan ditentukan menerusi lambungan syiling.

SLRC mara ke Final Cup buat pertama kali dalam kejohanan edisi ke-20 ini bertemu pasukan Tuan Rumah, SMS Old Boys. Walaupun ketinggalan 0-7 sebelum merapatkan jurang kepada 5-7 pada babak separuh masa pertama, SLRC bermain dengan penuh semangat dengan serangan dan pertahanan yang baik.

Dengan try kedua terhasil menerusi gandingan back-line untuk berada di hadapan dengan skor 10-7. Perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan. SLRC kembali menguasai bola dan Tank membuat larian solo untuk menembusi 3 orang pemain SMSOB untuk try ketiga dan beliau sendiri melakukan conversion sebelum try tersebut dibatalkan oleh pengadil atas alasan off-side. Kontroversi itu menimbulkan rasa ketidak puasan hati terutama di kalangan penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut.

SMSOB terus mengambil bola untuk melakukan counter-attack beberapa kali sebelum dapat menembusi benteng pertahanan SLRC untuk try kedua mereka dan kembali di hadapan. Namun SLRC tidak mudah mengalah terus melakukan serangan namun larian Radhi dan Tank terbantut apabila knock-on di tengah padang. Wisel penamat dibunyikan untuk SMS Old Boys muncul Johan Cup setelah 8 tahun berturut-turut dipegang oleh Sahoca.

Walaupun tewas, para pemain SLRC harus berbangga dengan permainan yang ditunjukkan oleh mereka. Bagi pihak pengurusan, anda semua adalah JUARA yang sebenar.

below is the quote from Zack :
 " Lost but pride is on us..wondering why they assigned inexperienced touch judge (referee ??) for the old boys final game. This is high level & fast pace game. Great game but spoiled by controversial decision. Many thanks to all slrc supporters..old boys (bro bon, bro nasir, docnan, bro nadim), rod, badak, ex-sas, kyser, sajoha, john (despatch beli air, buah)for supporting us. To players, after 20 years we are nearly making the histor y today..we lost but we are proud to u! Good discipline @ positive attitude. please maintain this forever. You'll be the great guys, insyaallah. "
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
 
Last but not least, thanks to all the palyers yang bermain untuk dua hari tersebut.. thanks to John yang dtg support the management team, hell pun sama. Thanks to abg nasir for sponsor makanan utk dua hari. Thanks to Mizy (837), Bro Bon 837 (coach SDAR), Kayu 960 (Cikgu Sdar), SDARA, Nadim 859, Bro Suhaimi, Kobau (960) and the gang dan few old boys yang hadir support. Thanks to all my friends from SMSOB, Ex-Sas, Staroba, Kyser, Semesta OB, Sajoha yang support us..
 
After all, it's just another game of rugby.
 
"Lions... pride and passion"
 
players:
Basau (0509), Acap (0610), Tam, Fungker (0408), Irshad (0711), Aboy (0610), Radhi (0610), Shahril, Tank (0711), Ganu, Ammar (0610), Mentol (0711), Rahman (0610), Faiz, Edward (0711), Azfa (9701).
 
Management:
Ayam (948), Zack (915), Jepp (937), John, Hell.

Monday, April 16, 2012

Liga KRS : SLRC vs SMS Old Boys

14 Apr, Bdr Tun Razak - SLRC telah mempamerkan persembahan yang sungguh bersemangat menentang SMSSOB pada hari Sabtu yang lepas walaupun tewas 17-0 kepada tuan rumah. SMSSOB sememangnya mempunyai kelebihan bermain di padang sendiri dan keadaan padang yang lecak sedikit sebanyak membuatkan perlawanan tersebut lebih mencabar buat pemain SLRC.

Separuh masa pertama menyaksikan pemain2 SLRC mempamerkan permainan pertahanan yang cukup baik. Walaupun bertubi-tubi diasak SMSSOB, mereka gagal menembusi pertahanan untuk mendapatkan try. Walau bagaimana pun SMSSOB berjaya mendapatkan try pada penghujung babak pertama perlawanan dan berjaya menyempurnakan conversion.

Babak kedua pihak lawan membuat pertukaran yang menyeluruh berbanding dengan SLRC yang tidak membuat sebarang pertukaran. Baru 5 minit selepas sepak mula, SLRC gagal mengekang serangan SMSSOB yang tampak hebat dengan pemain-pemain yang segar. SMSSOB mendapatkan try kedua and seterusnya.

Secara keseluruhan, perlawanan menentang SMSSOB telah memberikan peluang yang baik kepada pasukan muda SLRC yang sekarang dalam proses team rebuilding untuk menimba ilmu dan mencari keserasian bermain bersama. Begitu juga kepada saya dalam perihal menjaga pasukan.

Walaupun tewas, byk positif yang dapat di ambil daripada perlawanan ini. Pemain2 muda menunjukkan bakat yang terpendam dengan tiadanya pemain utama. Ini memberikan mereka peluang untuk menimba pengalaman dan seterusnya menjadi pemain yang lebih baik.

Dahulu, "It is just another game of Rugby"...but now, "It is another game towards the growth of SLRC".

Sunday, March 25, 2012

Pusingan Kelayakan SMSS 10s 2012

25 mac, Bdr Tun Razak - For the first time we will not participate in the SMSS 10s 2012. Lost against Semesti and Intergomb 14-21 each games before we trashed Jenoba 26-7 in the last game. Walaupun mengetahui sudah tiada harapan untuk layak, pujian harus diberikan kepada players yang tinggal untuk menghabiskan baki permainan. Thanks to all the players yang hadir bermain. Sepcial thanks to zack (915) dgn bantuan Hafiz John ( bukan bdk sdar) yg setia menghulurkan bantuan secara sukarela...

Players: acap (0610), basau (0509), tam, azfa (9701), kumon (0408), duen (0206), madi, bes (0307), tobab (0206), mamu (0206), ganu, is, siam (0105), arul, welen (0105).

After all, it's just another game of rugby...
We stand alone together until today with the pride n passion....

Monday, March 12, 2012

Liga KRS : SLRC vs UPM Angels


Crouch.. touch..pause..engaged!!!



Kumon tgh challenge line-out against Angels


11 Mac, Serdang - Perlawanan keempat Liga KRS melibatkan Sdar Lions (SLRC) yang bertandang ke UPM Serdang di mana pasukan UPM Angels bersedia menerima kunjungan pasukan SLRC.

Memulakan permainan dengan 13 orang walaupun di luar ada beberapa pemain simpanan tetapi kesemuanya adalah heavyweight, UPM mula mengasak kubu SLRC. Namun pertahanan yang kemas berjaya dipatahkan cubaan demi cubaan.

Rono dan Daniel masuk untuk melengkapkan barisan back-line, namun Angels terus menerus mengasak kubu SLRC untuk mendapatkan try pertama. SLRC cuba untuk bangkit dengan bermain secara taktikal forward dan hasilnya, John berjaya mendapatkan try sebelum Acai menyempurnakan conversion untuk berada di hadapan untuk SLRC sebelum mengakhiri babak pertama dengan skor 7-5.

Kemasukan pemain kebangsaan Mamba ternyata berjaya mengucar-kacirkan back-line SLRC di mana larian beliau yang meloloskan diri daripada 5 pemain untuk mendapatkan try seterusnya buat UPM.

SLRC terpaksa mengeluarkan ketua pasukan, Pakho dengan Tam untuk menambah berat di bahagian forward sebelum Tam sendiri melakukan try hasil gerakan forward kendalian Sutiman.

Angels sememangnya antara pasukan IPT yang hebat dalam arena ragbi tanahair ternyata tidak mudah menyerah kalah. Beberapa kesilapan yang dilakukan oleh back-line SLRC pantas diambil kesempatan oleh Angels untuk menjarakkan jurang. 3 try terakhir dalam tempoh 15 minit cukup untuk Angels menamatkan permainan oleh pengadil Ali Tahar dengan skor SLRC 12 UPM Angels 34.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions... pride and passion"

pemain:-
John, Basau, Muzz, Kondok, Amat, Kumon, Pakho, Sutiman, Duen, Acai, Daniel, Ganu, Shah, Madi, Rono, Tam, Almaz, Angah, Taufiq, Hell, Bob Adtec.

Wednesday, February 29, 2012

Liga KRS : SLRC vs Storms

26 Feb, Petaling Jaya - Usaha untuk mencari kemenangan kedua SLRC tidak kesampaian apabila hanya sekadar tewas tipis kepada Storms dengan skor 17-20.

Storms merupakan pasukan yang boleh dikatakan sudah lama bertapak di Dividyen 1 Liga KRS dan pernah bermain dalam saingan NICC, juga membariskan pemain-pemain berpengalaman yang pernah beraksi dengan beberapa kelab elit dalam Liga Super seperti NS Wanderers dan Bandaraya Dragons.

Separuh masa pertama lebih banyak dikuasai SLRC dengan membuat cubaan demi cubaan di bahagian back-line dengan mendapat dua try menerusi Daniel dan Ammar dan satu penalty menerusi Arul manakala Storms hanya mendapat satu try menerusi asakan forward.

Hujan turun dengan lebat pada babak kedua dan Storms mengambil kesempatan untuk bermain taktikal forward sahaja.

Hasilnya Storms berjaya mendapat dua try untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan penuh SLRC 17 Storms 20.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions...pride & passion"

pemain:
John, Gurun, Acap, Danny, Insp Amirul, Kumon, PAKHO, Sutiman, Ito, Arul, Bes, Daniel, Iki, Rono, Ammar, Mags, Basau, Lipan, Duen, Joni, Alon, Taufiq, Penyu, Abu, Acai, Hell, Ganu.

Monday, February 20, 2012

Liga KRS : SLRC vs X-Lions

19 Feb, UiTM Shah Alam - Liga Kesatuan Ragbi Selangor 2012 membuka tirainya apabila 15 perlawanan berlangsung serentak selama 2 hari setiap minggu.

SLRC yang baru dinaikkan ke Divisyen 1 bertandang ke Shah Alam untuk menghadapi cabaran pasukan bekas pelajar UiTM Shah Alam, X-Lions.

Sebaik sahaja wisel permainan dimulakan, perlawanan agak berat sebelah berikutan barisan forward X-Lions yang besar-besar dan menggunakan mainan forward. Pertahanan yang kental oleh forward SLRC berjaya menafikan cubaan demi cubaan.

Namun barisan back-line SLRC berjaya membuat larian namun penamat yang agak tumpul menafikan beberapa break yang sepatutnya try. Kegagalan X-Lions untuk masuk ke kawasan 22 meter SLRC membuatkan mengambil keputusan untuk mengambil sepakan penalty 2 kali untuk berada di hadapan dengan skor 6-0 untuk tempoh 20 minit pertama.

SLRC cuba bangkit untuk merapatkan jurang , hasilanya Ganu berjaya mendapatkan try pertama di hujung padang untuk kedudukan separuh masa SLRC 5 X-Lions 6.

Ketika babak kedua berada dalam 5 minit pertama, X-Lions berjaya menjarakkan kedudukan hasil kesilapan Joni untuk tidak mengeluarkan bola awal kepada back-line.

X-Lions terus menerus mengasak SLRC dengan mainan forward yang berat namun counter attack oleh back-line SLRC berjaya membuahkan hasil.

Ito menggantikan Duen bijak memperdayakan scrum X-Lions dengan larian dari kawasan 22 meter sebelum beliau sendiri melakukan try yang kedua. Kumon dan Ammar masing-masing melengkapkan kemenangan dengan dua try yang bergaya untuk terus menjinakkan 'Singa Otai'.

Wisel penamat dibunyikan oleh pengadil Azizan untuk keputusan akhir SLRC 31 X-Lions 11.
Kemenangan pertama ini sedikit sebanyak memberi semangat untuk terus memberikan saingan kepada pasukan yang lebih kuat dan berpengalaman yang lain.

After all, it's just another game of rugby.

"Lions...pride and passion"

Players:
Acap (0610), john, basau (0509), tam, inspektor amirul, akid, koko, amat, duen (0206), sakai, bes (0307), danial, ganu, joni (0509), rono, sutiman, ito, mamu (0206), kumon (0408), ammar (0610), bogard (0408), pyan (0206), Iki, danny, alon, taufik.